STAGE 8.1 - UNIVERSAL STUDIOS JAPAN
GREAT LAST DESTINATION
Hari terakhir di Jepun.. Bangun awal macam biasa walaupun budak2 ni pegi merayap malam semalam.. Kaki aku dah cramp malam semalam so aku tak dapat follow diorg.. Flight hari ini pukul 4.40 petang.. So hari ni boleh jalan lagi paling last pun sampai pukul 1.30 petang lepas tu terus shoot naik train pegi Kansai Airport.. Last destination untuk sum up trip kali ni... Universal Studios Japan!!.. Daripada Ebisucho Station ke Universal-City Station lebih kurang 40 minit.. So macam biasa sebelum blah kitorg kemas2 rumah dan check barang takut tertinggal apa2.. Settle semua jom ke Universal Studios..
[Universal-City Station.. Special untuk pengunjung yang nak ke Universal Studios]
Universal Studios ni tak silap aku ada 4 je dalam dunia.. Dekat USA ada 2, Singapore dan satu lagi ni dekat Osaka.. Kitorg ke sana bwk beg besar Deuter tu sebab lepas habis jalan sini kitorg terus gerak airport.. Sekali tgk locker semua dah penuh.. So kitorg decide lepak Starbucks dekat situ je rotate2 dua orang jalan 2 orang jaga bag.. Kitorg tak masuk pun lagipun budget mmg dah nyawa2 ikan beb.. Paling tidak boleh lepas beli keychain ataupun fridge magnet je..
[Starbucks Japan bro... Dekat Malaysia pun jarang2 minum tau]
[Sebelum masuk entrance ada Western Town Area.. Kalau tak masuk pun dah happening.. Kalau masuk lagi la best.. Disebabkan kitorg kesuntukan masa so tak dapat masuk]
[Lagi gambar disekitar Western Town Area]
[Entrance Universal Studios Osaka]
Apa yang aku boleh cakap Universal Studios Japan memang happening abes.. Meriah giler beb.. Kebetulan masa ni dah dekat2 nak Halloween.. Memang best tengok diorang pakai macam2 costume.. Badut ada, witch, zombie and macam2 lagi siap dengan make-up lagi.. So ni la last shot untuk kitorg ambik gambar dengan orang Jepun terutamanya awek2 Jepun lah sebagai satu kisah klasik untuk masa depan.. Dekat sini memang spot terbaik sebab port ramai budak2 remaja Jepun datang hanging out and have fun.. Apa yang aku nampak orang Jepun ni macam jenis x pedulikan orang dekat sekeliling dia tapi bila kita mintak tolong sesuatu diorang akan tolong selagi yang depa boleh.. Untuk kes nak bergambar ni kau tanya je diorang baik2 boleh tak ambik gambar dengan diorg.. Diorang ok je beb.. Peramah and easy going.. So kitorg x lepas kan peluang ambik gambar dengan diorang sebanyak yang boleh.. Lagipun Universal Studios memang tempat yang best untuk korang ambik gambar.. Dekat luar entrance ada town dah cukup meriah belum masuk lagi.. So memang perfect ending untuk trip kitorg dekat sini..
[Halloween theme.. Kita rock steady jer]
[Dengan badut pulak.. Bawak Go Pro beb senang nak ambik gambar]
[Adik2 comel bertemakan Milky Cartoon.. One of the oldest CGI Studios di Jepun]
[Yang ni dengan gadis2 witch pulak.. Semua rambut same kaler]
[Yang ni feberet aku.. Comel je awek sebelah aku ni]
[Macam biasa lompat satu kali.. Ending terbaik]