STAGE 5.5 - SHINJUKU
THE MOST BUSY STATION IN JAPAN
Last stop untuk hari ini kami ke Shinjuku yang terletak berhampiran je dengan Shibuya dengan menaiki JR Train Yamanote Line iaitu lebih kurang 7 minit je. Masa ni perut pun dah lapar giler lepas sehari suntuk berjalan. Setakat ni hari ni paling jauh berjalan kot. Aku tengok apps dekat handphone aku lebih kurang 17km berjalan. Macam dari Skudai ke Bandar JB siot. Lagi satu tujuan ke Shinjuku ni nak jumpa sorang member yang duk belajar dekat sana and makan dekat satu restoran ramen halal yang popular dekat Jepun ni. Shibuya ni penuh dengan butik-butik. Tak larat nak explore lagi beb. Lagipun time kitorg sampai Shinjuku ni banyak kedai dah start nak tutup. Dekat sini kedai2 butik dalam shopping mall tutup lebih kurang dlm pukul 7.30 hingga ke 8.00 malam tapi still banyak lagi yang open sampai lewat malam.
(Kedai muzik Rock Inn dekat main street Shinjuku.. Macam2 barang muzik diorang jual daripada guitar sampai ke band t-shirt.. Besar kedai ni..)
Sambil-sambil berjalan nak ke restoran makan ramen ni kitorg banyak la berbual dengan member ni macam mana life dekat Jepun ni dan cabaran hidup dekat sana. Kalau dengar bab gaji kerja dekat sini dengan Malaysia memang jauh ler macam langit dan bumi. Kerja part time angkut sampah pun muai beb. Lagipun sampah2 dekat sana diorang dah sorting lagi memudahkan kerja pengangkut sampah. Ramai jugak budak2 Malaysia buat part time tu. Dekat sini keje kutip sampah diorang x pandang rendah. Diorang lagi respect ada ler. Selain tu budak2 ni banyak buat part time jadi tour guide.
(Ramen Halal.. Ada daging halal and aq makan yang pedas.. Baru aq tau rasa ramen masyAllah memang sedap giler.. Patutla Naruto bukan main suka.. Kenyang kaw2 makan malam ni)
Dekat kedai ramen ni ada 2 orang budak perempuan Indonesia part time kerja dekat sini. Diorang student one of the top universiti dekat Jepun ni beb. X silap aq Waseda University. Sejam dapat ¥1,000 = RM 40.00. Lebih kurang 5 jam macam tu la diorg kerja untuk sehari.
(Shinjyukugyoen Ramen Ouka.. Mafla JDT jangan lupa.. Yg kat tengah2 tu Zaki, member yang tengah study kat Jepun ni.. Dia ada buat package trip dkt Tokyo ni)
Last but not least lepas makan2 kitorg jalan-jalan dekat salah satu tempat paling famous di Shinjuku iaitu dekat area Kabukicho. Kabukicho ni sangat famous di Jepun sebab dekat sini la red light district dkt sana. Sekali sekala cuci mata. Kitorg berani jalan area sini pun sebab ada member ni dah duduk sini lama bawak. Ape2 hal kang ada bawak orang pandai cakap Jepun ni senang sikit urusan. Walaupun kawasan ni area red light district tapi boleh cakap yang area sini still selamat. Diorang approach kita tapi kalau kita reject diorg boleh terima lagi. Bar jangan cakap ler memang banyak giler la.. Orang mabuk ada di mana-mana.. Jangan buat hal sudah just jalan-jalan cuci mata.. Lagipun tempat ni di control oleh yakuza. So better stay safe and steady.
(Foreigner diorang x kacau sangat.. So jalan2 lek john je la)