STAGE 6.2 - NAMBA & DOTONBORI
CHILL OUT AND RELAX
Lepas settle check-in apartment kitorg solat, relax dan rehatkan badan dulu.. Penat jugak badan walaupun duduk je pun dekat train tu.. Mungkin sebab bawak beg yang dah diisi dengan barang masa borong kat Tokyo hari tu.. Lepas maghrib lebih kurang pukul 6 ptg macam tu la tapi dekat sana dah gelap dah kitorg start explore bandar Osaka.. First impression.. dekat Osaka ni orang dia macam chill out sket tak macam orang Tokyo yang sentiasa fast game je setiap masa.. Macam banyak sikit orang yg smoke dekat kaki lima kedai berbanding dengan Tokyo.. Lepas settle rest kitorg ke tempat pemburuan biasa bila travel iaitu Hard Rock Cafe & Shop.. Perjalanan dekat je lebih kurang 10 minit je dari apartment kitorg.. Macam biasa lah dekat Hard Rock Cafe belikan souvenir member2 rapat ataupun ada yang kirim berserta wang.. yang kirim kosong je aku kirim salam je lah.. Harga standard macam dekat mana2 HRC pun macam t-shirt dalam range RM 140.00 ke RM 180.00..
[OK yang ni special sket dengan staff HRC.. gambar dengan gadis2 mesti kena ada]
Settle shopping sikit2.. kitorg ke pusat tumpuan pelancong yang paling popular dekat Osaka iaitu di area Dotonbori/Ebisu Bridge area.. Dekat Osaka ni pun senang nak navigate macam dekat Tokyo jugak.. Cuma tak silap aku dekat subway train sini tak tulis English bila dalam train map.. Dengar dia punya annoucement je la.. Jangan risau takkan sesat punya.. Kalau sesat pun dalam Jepun lagi.. Hahaha..
Dotonbori ni apa yang aku boleh describe kan ialah Superb... Dotonbori ni boleh dikatakan downtown dekat Osaka yang sepanjang Dotonbori-gawa Canal.. Dekat sini memang happening giler.. Dekat Tokyo Shibuya pun aku x rasa se-happening lepak dekat sini.. Kebetulan pulak timing aku datang ni cuaca cun.. chill lebih kurang 16-20 darjah celcius.. Dekat sini memang terkenal dengan takoyaki nya.. Bila perut dah berbunyi2 memang takoyaki lah jawapannya.. Mula-mula kitorg ni takut jugak nak makan biasa tapi lepas aku bukak video Jejak Jepun Zizan yang diorang makan takoyaki dekat sini kitorg terus cari kedai yang betul2 Zizan singgah.. Nasib baik jumpa kedainya.. Lepas order kitorg lepak makan takoyaki dekat area budak2 Jepun busking area canal ni.. Memang thorbaik.. Lepak dengan suhu chill disinari lampu neon malam lepas tu makan takoyaki sambil tengok org busking.. Apa lagi yang kau nak? All in one only in Dotonbori..
[Disekitar kawasan the infamous Glico Man]
[Kedai manga.. Kalau pandai baca Jepun boleh ler.. Harga mandi jugak ni woi]
[Macam biasa.. gambar daripada belakang.. Sebab daripada depan x kacak]