top of page

STAGE 5.4 - SHIBUYA

  • Writer: ガザリ イッザット
    ガザリ イッザット
  • Oct 12, 2016
  • 2 min read

THE FAMOUS SHIBUYA CROSSING

Next stop dari Disneyland Tokyo kitorg ke salah satu tempat paling famous dan iconic dekat Jepun iaitu Shibuya dan tentunya tempat tumpuan dekat Shibuya ialah Shibuya crossing. Orang kata malu lah kalau datang Tokyo tapi tak jalan melintasi Shibuya Crossing ni. Tempat ini memang selalu jadi lokasi penggambaran filem dan television show bila di Tokyo. Antaranya Fast & Furious: Tokyo Drift, Resident Evil: Afterlife & Lost In Translation. Perjalanan daripada Tokyo Disneyland ke Shibuya lebih kurang 45 minit dengan naik 2 train. First naik JR Train dari Maihama Station ke Tokyo Station then transfer naik TWR Train (Tokyo Waterfront Area Rapid Transit) terus ke Shibuya. Dekat sini kalau nak datang time malam paling best sebab time malam sangatlah happening dengan dilimpahi lampu daripada billboard & giant tv screen. Kalau ada buat video 360 memang paling cara la kalau shoot dekat sini.


[Makin malam makin happening. Tengoklah berapa ramai daa umat manusia. Yang bestnya time crossing tu takde pun berlanggar-langgar. Semua bagi laluan masing-masing]


Dekat area sini memang syurga peminat fashion. Memang banyak giler shopping complex area Shibuya ni antaranya Shibuya Hikarie, Seibu, Loft, QFront, Parco, Marui dan banytak lagi tapi shopping mall paling famous dekat sini ialah Shibuya 109. Nama Shibuya 109 ni asal namanya dari karakter bahasa Jepun 10 と 9 きゅ [To-Kyu // Tokyo]. Dekat seberang Shibuya 109 ni ada Shibuya 109's Men. Aku pernah confuse masuk Shibuya 109 ni apehal la semua awek2 punya barang je dijual lepas tu tengok ler memang satu building jual pakaian perempuan & Shibuya 109 Men tu yang jual semua pakaian lelaki.. LOL. Kalau korang tak minat shopping mall punya style dekat area sini jugak ada banyak shopping street kedai2 bundle/preloved boleh korang singgah contoh dekat Spain-Zaka, Koen-Dori & Center-Gai. Dekat Jepun ni bundle diorg memang best and barang-barang dia high quality. Jam G-Shock pun senang nak cari dekat area sini.


[Jalan di sekitar neighbourhood Shibuya]


[Woo bestnyer cuci mata. Kalau banyak bawak duit syok borong ni]



Commentaires


RELATED POST

ABOUT THIS LOG

Pada aku pengembaraan ni satu benda yang aku rasa sikit pun x membazir. Lantak lah orang nak cakap ape bukan aku guna duit kau. Yang penting aku bahagia dan tak menyusahkan orang lain. Dekat sini aku share sedikit sebanyak pengalaman aku yang baru nak start mengembara ni. Nak baca sudah x nak baca aku xde hal. Semoga ini menjadi sebuah kisah klasik untuk masa depan. 

HIT THE LIGHTS

SOCIAL LINKS

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon

SUBSCRIBE 

© 2016 BEN SHERMAN TRAINSPOTTING SERIES

bottom of page