top of page

STAGE 5.3 - DISNEYLAND TOKYO

  • Writer: ガザリ イッザット
    ガザリ イッザット
  • Oct 12, 2016
  • 1 min read

THE BEST DISNEYLAND IN ASIA

Next stop dari Tokyo Station kitorg naik JR Train melalui Keiyo Line ke salah satu tumpuan utama orang ke Tokyo iaitu Tokyo Disneyland!!.. Aku bukanlah peminat Disney franchise tapi masa aku kecik2 aku rajin jugak tengok cartoon2 Walt Disney. Selain itu Disneyland ni boleh dikatakan otai or pioneer kepada taman tema yang popular globally selain Universal Studios dan lain-lain. Dekat Asia ada 3 Disneyland sahaja iaitu di Shanghai, Hong Kong dan Tokyo. So dah alang2 sampai ke Tokyo ni walaupun tak masuk dalam nak ler jugak jejakkan kaki ke sini. Lagipun dah petang kitorg sampai & memang tujuan nak tengok dari luar je. Bila nak pergi theme park ni elok pergi pagi dan spend sepanjang hari dekat situ baru lah puas dan tak membazir.


Berkenaan harga masuk ke Disneyland untuk 1-Day passport ialah ¥7,400 // RM296.00 bagi dewasa, ¥6,400 // RM 256.00 bagi kanak-kanak berumur 12 hingga 17 & ¥4,800 // RM 192.00 untuk kanak-kanak bawah 11 tahun. Tapi dekat luar tengok pun dah happening dah. Insyallah ada rezeki dan kesempatan lagi memang aku nak masuk dalam ni.

[Harga ticket masuk ke Tokyo Disneyland]

Dekat bahagian luar Tokyo Disneyland sebelum ticketing punya area ada Tokyo Disney Resort punya official store sebesar2 tidak. Memang lega tengok shop dia dekat luar sebab boleh la beli souvenir2 sket untuk collection sendiri walaupun tak masuk dalam. Nak belikan souvenir untuk orang lain memang mintak maap la harga merchandise2 dia bukan macam kau masuk funfair.

[Rupa dalam Disney Shop. Aq tertarik dengan Nanoblock Mickey Mouse. Semua character dalam Diseney boleh dipilih]

[Gambar kenang-kenangan bersama awek2 Jepun. Depa tengah training musical kot.. Hahaha.. macam faham je..]


Comments


RELATED POST

ABOUT THIS LOG

Pada aku pengembaraan ni satu benda yang aku rasa sikit pun x membazir. Lantak lah orang nak cakap ape bukan aku guna duit kau. Yang penting aku bahagia dan tak menyusahkan orang lain. Dekat sini aku share sedikit sebanyak pengalaman aku yang baru nak start mengembara ni. Nak baca sudah x nak baca aku xde hal. Semoga ini menjadi sebuah kisah klasik untuk masa depan. 

HIT THE LIGHTS

SOCIAL LINKS

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon

SUBSCRIBE 

© 2016 BEN SHERMAN TRAINSPOTTING SERIES

bottom of page