top of page

STAGE 6.1 - TOKYO TO OSAKA

HUB OF KANSAI METROPOLIS

Last day di Tokyo.. Pagi-pagi lepas sarapan & tengok TV kitorg kemas balik rumah, sampah2 kasi asingkan semua sebelum check-out.. Kita kalau melancong dekat negara orang kena la hormat dan ikut cara depa.. Ni salah satu nilai murni yang patut kita biasakan dekat Malaysia.. Aku tak bohong la kalau kau dekat sana automatik kau akan jadi & ikut cara orang sana.. Tak buang sampah merata2, beratur masa tunggu train dan kemas lepas makan.. Boleh je sebenarnya.. Nak ke tak nak je.. Tapi kalau kau sorang buat mcm tu ataupun tegur member2 nanti dia cakap kita ni good2 pulak.. Tapi biar kita yang buat.. Diorg nak ikut ke tak lantak diorg.. Ok next destination kita ke Osaka.. Osaka ni macam JB or Ipoh la.. Kalau nak ke Osaka kita kena pergi Tokyo Station untuk perjalanan ke Osaka. Hub shinkansen dekat Tokyo ialah di Tokyo Station & Osaka pulak di Shin-Osaka Station.. Dari Tokyo ke Osaka ni boleh tahan jauh jugak.. Lebih kurang 500km++.. Kalau naik kereta dekat 6 jam lebih jugak ni.. So naik shinkansen adalah pilihan terbaik & tenang.. Korang boleh je pi Osaka ni naik bus tapi bukan selalu boleh naik bullet train ni kan.. So kita guna lah chance yang ada untuk naik salah satu pengangkutan darat paling laju di dunia..

[Gambar sebelum keluar rumah.. Betapa rajinnya kitorg.. Dekat Malaysia pun x pernah buat macam ni]

[Osaka station selepas lebih kurang hampir 3 jam perjalanan]

Sampai di Osaka Station kitorg terus ke apartment kitorg dekat Ebisucho Station.. Daripada Osaka Station kena naik JR West punya train ke Ogimachi Station dan naik subway train melalui Sakaisuji Line ke Ebisucho Station.. Kali ni cari aparment kitorg memang senang giler tak macam dekat Tokyo haritu.. Station train betul2 seberang satu jalan je depan apartment.. Kalau jenguk luar tingkap memang nampak dah train station..



RELATED POST

bottom of page