top of page

STAGE 3.3 - ODAIBA

  • Writer: ガザリ イッザット
    ガザリ イッザット
  • Oct 10, 2016
  • 2 min read

TOKYO MAN MADE ISLAND

Next stop selepas ke Tokyo Tower kitorg gerak ke Odaiba. Dari Tokyo Tower ke Odaiba jugak kena naik 2 train. First naik Toei Subway dari Akabanebashi Station ke Shiodome Station lepas tu tukar naik Yurikamome ke Daiba Station. Yurikamome ni automatic guideway transit. Dia macam monorail tapi bukan sebab dia guna rubber tyre dekat railway. Perjalanan naik Yurikamome dari Shiodome ke Daiba Station ni memang best sebab kita boleh tengok view Tokyo Bay. Tempat yang paling popular dekat Odaiba ni dah tentu patung Gundam berskala Ultraman ni. Kalau korang tak ambik gambar dekat sini rugi ler. Dekat sini jugak ada Gundam Cafe & Gundam shop. Aku mampu main Gashapon Gundam je dekat sini. Budget dah banyak habis dekat One Piece punya shop tadi. hahaha.. Dekat area sini ada macam2 amusement park macam Diver City Tokyo Plaza, Tokyo Joypolis, Legoland Discovery Center, Aqua City Odaiba & Decks Tokyo Beach. Pening kepala nak explore beb. Larat dengan tak larat je ler. Aku larat masuk Diver City ni je. Dalam Diver City ni macam shopping complex biasa ada butik & restoran. Siapa yang minat brand2 international, maksud aku brand luar Japan ini lah tempat dia. Banyak butik2 brand skate & surf. Antara butik yang aku ingat la Element, LRG, Adidas Originals, X-Large, Stussy, DC Shoes, New Era, Nixon, Hurley, Volcom, Lacoste, Supra, Fossil, Uniqlo & favourite aku Manhattan Portage. Dua kali aku datang sini dua2 kali aku beli barang Manhattan Portage.


HALAL SOBA!!

Penat berjalan sehari suntuk. Perut pun makin lapar. Dalam Diver City ada satu restoran halal Sojibou DiverCity Tokyo Plaza. Aku tengok sijil halal dia Malaysia yang bagi. Ni first time kitorg makan authentic halal japanese food. Yang aku makan ni Soba. Aku bukannya food hunter sangat tapi alang2 datang sini tak kan tak nak try makanan authentic sana kan. Soba ni memang sedap. Tak habis aku makan sebab potion dia banyak giler. Memang puas hati makan. Servis pun terbaik. Pelayan pun comel. Tak percaya boleh datang sini.

[Gambar kenang-kenagan lepas settle makan. Nak awek ni jugak kira table kitorg. Hahaha]



Comments


RELATED POST

ABOUT THIS LOG

Pada aku pengembaraan ni satu benda yang aku rasa sikit pun x membazir. Lantak lah orang nak cakap ape bukan aku guna duit kau. Yang penting aku bahagia dan tak menyusahkan orang lain. Dekat sini aku share sedikit sebanyak pengalaman aku yang baru nak start mengembara ni. Nak baca sudah x nak baca aku xde hal. Semoga ini menjadi sebuah kisah klasik untuk masa depan. 

HIT THE LIGHTS

SOCIAL LINKS

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon

SUBSCRIBE 

© 2016 BEN SHERMAN TRAINSPOTTING SERIES

bottom of page