top of page

STAGE 2.1 - AKIHABARA

AKIHABARA THE OTAKU CENTER

Awal pagi kitorg gerak daripada Ryogoku ke Akihabara Station. Kalau naik train lebih kurang 4 minit je. Nasihat aku kalau nak stay kat Tokyo cari kawasan Chuo-Ku Ward sebab dia hampir dengan city center and harga pun ok kalau nak dibandingkan dengan area Shibuya & Shinjuku. Akihabara ni memang tempat orang Japan panggil otaku center. Otaku ni kira macam fanatik kepada benda2 macam manga, anime, action figure, trading cards, electronic, gashapon, cosplay, buku dan banyak lagi yang berkaitan la. So dekat sini siapa yang nak cari benda2 or barang2 yang aku mention tadi sini lah syurganya.


[Sekitar kawasan Akihabara. Bangunan kat Japan ni meriah dengan signboard dia]

[Vending machine bersepah ada kat mana2 je. Jalan satu lorong jumpa sebiji jalan lagi ada lagi vending machine]

YODOBASHI AKIBA

Yodobashi-Akiba ni mcm electronic department store daripada handphone, game console, camera, komputer, video camera, laptop, sound system and accessories semua related dengan barang electronic termasuk barang2 hobby kit, toys semua ada dalam ni. Kira macam Low Yatt la kalau dekat Malaysia tapi choice memang banyak giler sampai pening kau nak survey. Yang penting kau survey pocket kau dulu sebelum survey barang2 ni.. hahaha.. Harga barang2 kat sini pada aku boleh tahan dia punya mahal bagi orang Malaysia la. Tak de la beza banyak sangat tapi still mahal la kalau nak dibandingkan dengan dekat tempat kita. Salah satu sebabnya juga ialah currency ringgit yang dalam kondisi haram jadah dan lemah. Harga dia maintain je tapi disebabkan currency Malaysia lemah makin lama barang tu jadi makin mahal. Pada depa murah je kot sebab seorang office worker dekat sana bergaji lebih ¥100,000 kalau duit Malaysia paling cikai pun RM 4,000.00 dan ke atas. Tapi selection dia sangatla banyak sampai pening nak pilih dan rare. Maksud aku barang2 yang JDM (Japan Domestic Market) ni boleh diakatan rare la bagi orang Malaysia sebab barang ni tak dieksport keluar Japan. So untuk dapat barang2 ni mana lagi kalau tak ke Japan sana. Boleh jer beli online tapi ada shipping and handling cost & stuff. Tapi feel dia tak sama beb.


[Jam budak getah yang makin popular kat Malaysia. Asal pegi Japan je kirim G-Shock. Duit tak bagi jugak. LOL]

[Gundam dan keluarga. Segala accessories Gundam ada jual sini. Made In Japan]


[Yang ni rasa macam nak bawak balik pun ada. Ingatkan patung tadi]

JAPAN & IDOL CULTURE

[AKB48 - Idol you can meet. Idol group paling popular dalam Japan & yang paling aku minat.. kikiki]


Aku peminat muzik tegar. Daripada Metallica, Pantera, Slipknot sampai la ke The Strokes, Arctic Monkeys semua. Semua muzik aku layan termasuk Idol muzik dekat Jepun ni. Idol culture di Japan sangat2 la popular dan memang tidak asing lagi bagi masyarakat sana. Idol culture majority berkonsepkan かわいい "kawaii" atau in english means cute a.k.a comel. Korang ingat industri muzik Japan ni kecik2 anak je ker. Revenue industri muzik sana merupakan yang ke-2 terbesar dalam dunia di belakang USA dan didepan UK. Sebab tu artist sana tak payah promote outside Japan sebab dalam negara dia sendiri dah cukup muai dah buat duit. Apa yang aku kagum sangat dengan industri muzik sini ada 2. Satu ialah dekat sini Original sangat lah diutamakan. Maksud aku original ni diorang sana sangat low piracy. Kedai CD/DVD records sana hidup lagi der macam Tower Records and artist sana bila keluarkan single or album, jumlah physical copy dia masih menjadi priority orang sana berbanding digital download macam itunes dan sewaktu dengannya. Aku ada beli CD Idol group dekat sini tapi bila tengok dalam dia macam2 ada untuk menggalakkan orang dia still beli physical copy. Contohnya bila beli CD/DVD ni boleh berpeluang pegi handshake event, vote untuk favorite members and diorg punya CD jacket mmg kreatif. Kedua, orang Jepun ni memang giler support diorg punya artist. Tak kira la album atau pun merchandise. Sebab tu kadang2 Jepun ni kuar benda2 mengarut je tapi still popular and sellable. Aku punya apartment satu rumah barang brand daripada company Jepun. Korang faham la kan kenapa industri muzik dia sangat strong dan unik.


[Pilihlah mana idol yang paling korang suka beli official merchandise dia kat sini. Jangan berimaginasi tinggi sangat sudah]


RELATED POST

bottom of page