top of page

STAGE 5.2 - TOKYO STATION

  • Writer: ガザリ イッザット
    ガザリ イッザット
  • Oct 12, 2016
  • 2 min read

JAPAN MOST IMPORTANT STATION

Lepas settle tenang kan fikiran dkt Imperial Palace East Gardens kitorg ke Tokyo Station. Daripada Imperial Palace East Gardens cuma jalan lebih kurang 700m ataupun 7 minit untuk sampai ke Tokyo Station. Station ni boleh dikatakan bapak kepada semua station dekat Jepun. Banyak line served dekat Tokyo Station termasuk Shinkansen yang menghala ke Sapporo, Fukushima, Osaka, Niigata, Akita & Kanazawa. Selain darpiada tu main line dekat area Tokyo dan Subway pun ada. Salah satu tarikan dekat Tokyo Station dia ialah architecture dia yang old skool macam pattern brickhouse sebab kebanyakan Station di Jepun design dia modern. Dalam Tokyo Station ada shopping complex and convenient store untuk traveller beli bento dan makanan-makanan ringan dalam train.

Dalam Tokyo Station ni ada satu section yang dipanggil Tokyo Character Street. Dekat sini ada banyak official store daripada Anime or cartoon popular Jepun. Yang best dia setiap store akan keluarkan special edition khas untuk Tokyo Station yang memang xde dijual dekat tempat lain. Harga? Dah tentu mahal sebab semua ni official store yang keluarkan original merchandise. Tapi orang kata dah alang2 sampai sini borong la sikit yang mampu. Lagipun banyak souvenir boleh dibeli dekat sini. Harga boleh dengar lagi ler. Aku pun mampu beli keychain and benda-benda yang mampu milik je sebab kewangan terhad. Baru hari ke 5 kot.. Hahaha..

[Dekat kedai Ultraman ni aq sambar keychain dia. Kalau ikutkan nafsu memang pokai ler]

[Dekat kedai anime ni aku sambar komik One Piece Japan Edition volume berapa aku tak ingat]

Dekat Malaysia sekarang tengah trend budak2 main Hotwheels. Tapi Hotwheels kan USA punya brand. Jepun pun tak ketinggalan diorg pun ada Hotwheels diorg tersendiri iaitu Tomica. Lagipun kereta-kerta keluaran Jepun pun banyak kot. Majority adalah toys2 daripada brand kereta dari company Jepun. Dekat Tokyo Station ni ada sebiji Tomica Shop. Aku tanpa memikirkan masa depan menyambar satu model Toyota Trueno AE86 yang dipopularkan daripada manga dan anime Initial D. Kereta yang dipandu Takumi Fujiwara si hero dalam citer ni.


Opmerkingen


RELATED POST

ABOUT THIS LOG

Pada aku pengembaraan ni satu benda yang aku rasa sikit pun x membazir. Lantak lah orang nak cakap ape bukan aku guna duit kau. Yang penting aku bahagia dan tak menyusahkan orang lain. Dekat sini aku share sedikit sebanyak pengalaman aku yang baru nak start mengembara ni. Nak baca sudah x nak baca aku xde hal. Semoga ini menjadi sebuah kisah klasik untuk masa depan. 

HIT THE LIGHTS

SOCIAL LINKS

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon

SUBSCRIBE 

© 2016 BEN SHERMAN TRAINSPOTTING SERIES

bottom of page