top of page

STAGE 5.1 - IMPERIAL PALACE EAST GARDENS

EDO HERITAGE

Hari ke 5 di Tokyo kitorg mulakan hari dengan melawat ke Imperial Palace East Gardens. Daripada apartment kitorg kena naik 2 train local dan subway untuk sampai ke sini start daripada Ryogoku Station naik JR train ke Ochanomizu Station then transfer subway ke Otemachi Station.

Imperial Palace ni terletak betul2 dekat area commercial district Tokyo. Memang sesuai untuk office worker diorg tenangkan fikiran sambil makan ice cream dekat sini. Suasana yang tenang dan persekitaran yang hijau memang buat korang rasa nk terlelap bila lepak dekat bawah pokok. Untuk pengetahuan korg semua taman ni adalah sebahagian daripada istana pada zaman Edo digunakan sebagai bahagian defensive. Sebab tu selain daripada garden ni korg akan nampak banyak castle ruins disekitar taman ni.

[Castle ruins ditengah-tengah commerical district Tokyo.. Memang menarik]

[Gambar diambil sambil baring daripada port bawah pokok sambil memikirkan masa depan]

[Aku memang peminat beg brand Manhattan Portage.. Aku terjebak beli pun sebab aku tengok orang Tokyo ramai pakai macam style pulak.. Sangat sesuai untuk travel]


RELATED POST

bottom of page