STAGE 4.1 - MT.FUJI KAWAGUCHIKO LAKES
FOG IN MOUNT FUJI
Hari ke 4 berada di Jepun.. Lepas settle bangun pagi & sarapan kitorg terus ke satu lokasi "must visit" dekat Jepun iaitu Mount Fuji!!.. Masa first trip ke Jepun aku tak berkesempatan ke Mount Fuji kali ni aku takkan miss ke sini. Macam yang dah sedia maklum Mount Fuji merupakan gunung tertinggi Jepun dan sangat iconic seluruh dunia. Orang kata Mount Fuji ni boleh jadi macam2 colour kalau tengok dari tasik Kawaguchiko. Mungkin position matahari dan musim yang berubah2 buat Mount Fuji ni macam berubah banyak warna padahal memang itu je warna dia.
Perjalanan ke Mount Fuji menaiki train memang seronok sangat sebab kali ni view dia kawasan luar bandar. Dari apartment kitorg ke Mount Fuji ambik masa lebih kurang 3 jam naik 4 local train. First dari Ryogoku Station ke Ochanomizu Station, lepas tu transfer ke Chuo Line ke Takao Station. Dari Takao station transfer ke Otsuki station. 3 train ni semua naik JR train & last sekali dari Otsuki Station ke Kawaguchiko Station kitorg naik train special sket. Interior dalam dia pun bukan macam train biasa sebab dalam tu diorg decorate macam naik romantic train yang berimejkan Mount Fuji. Siap dapat gula2 lagi weh dan ada tourist guide sepanjang hampir sejam.
[Interior dalam train yang menambahkan feel "Jepun" dia]
[Gambar kenang-kenagan dengan tourist guide kitorg.. Aku cadangkan bawak GoPro senang sikit nak ambik2 gambar ni]
Sebelum sampai Kawaguchiko Station kitorg dapat berita yang tak berapa nak best kabus tebal meliputi Mount Fuji. So view Mount Fuji aku memang tak dapat nak ambik. Bukan rezeki kitorg or mungkin dia suruh datang lagi next time. Insyallah boleh datang lagi or try hiking sekali ker tengok macamana. Hahaha.. So kitorang explore jelah area tasik dia. Sampai Kawaguchiko Station perut pun dah lapar. Dekat sini aku research ada restoran halal sekitar kawasan sini tapi lebih kurang 1.3km daripada station. Mula-mula macam nak naik bus tapi takut stop bus jauh dari restoran tu lepas tu kitorg decide untuk jalan kaki aje lah ke restoran tu. Masa berjalan nampak ada kedai sewa basikal dekat sebelah jalan. So kitorg decide terus sewa basikal tu sejam. Lagi satu sebab nak sewa basikal sebab kitorg tengok dekat Tokyo orang bawak basikal elektrik diorang macam best je. So kitorg sewa sejam ¥500.
[Salah satu cara terbaik nak explore area Mount Fuji ni dengan naik basikal so berbasikal lah kita]
[Restoran Arajin.. Makanan2 india cuisine & curry.. Memang tak habis makan]
Lepas pulang basikal kitorg naik retro bus ke Kachi-Kachi Yama Ropeway. Ketinggian lebih kurang 500m dari Lake Kawaguchiko. Bus stop untuk sampai ke sini ialah Yuransen Ropeway Iriguchi Bus Stop. Sini adalah salah satu spot terbaik untuk tengok Mount Fuji tapi sayangnya kabus hari tu memang tebal so memang tak dapat nak snap gambar langsung. Suhu time tu dalam area 10 hingga 12 celcius. Lepas settle turun ropeway kitorg jalan2 sekitar Lake Kawaguchiko yang tenang. Plan seterusnya sebenarnya nak mandi onsen dekat area Lake Yamanakako tapi apakan daya kesuntukan masa sebab onsen area biasanya dekat kawasan pedalaman sikit. Lagipun tuala dengan baju extra tak bawak pulak. Kalau tak syok jugak sejuk2 berendam air panas. Next trip wajib mandi.. Hehehe
[Pose ala2 Mugiwara Crew dalam anime One Piece]
[Gambar penghabisan trip.. Definitely will come back]