top of page

STAGE 2.3 - ROPPONGI

  • Writer: ガザリ イッザット
    ガザリ イッザット
  • Oct 9, 2016
  • 2 min read

TOKYO NIGHTLIFE

Next destination kitorg ke area Roppongi. Dari Harajuku Station ke Roppongi Station kena naik 2 train. Satu local train JR Yamanote Line ke Ebisu Station dan naik Tokyo Metro Hibiya Line ke Roppongi. Tak silap aku masa ni pukul 7 malam. Tapi dekat sini dunia baru nak bermula. Malam masih muda. Roppongi ni boleh dikatakan nightlife and entertainment district paling popular untuk orang Jepun. Foreigner pun banyak dekat kawasan sini malam2. Sebabnya punya la banyak bar, restoran dan night club disekitar kawasan sini. Kebanyakan restoran2 dekat sini operate dimalam hari. Yang aku perasan la orang Jepun ni lepas balik kerja diorg memang pergi lepak minum dengan officemate or bos depa la sebab boleh perasan ramai yang pakai kemeja kerja lepak minum kawasan sini. Kalau korang punya luck agak baik boleh terserempak dengan artis2 Jepun sebab dekat sini memang port2 artis2 diorang melepak. Tempat yang memang dalam target kitorg semestinya Hard Rock Cafe. Dekat Tokyo ada 2 branch Hard Rock Cafe satu di Ueno dan satu lagi dekat sini Roppongi. Kalau korang beli HRC Ueno dekat t-shirt ada tulis HRC Ueno-Eki, Tokyo tapi bila beli dekat Roppongi dia tulis HRC Tokyo. Hard Rock Cafe sini merupakan first branch HRC dalam Japan. Macam aku memang collector baju Hard Rock tanpa memikirkan masa depan dah tentu aku beli t-shirt & mug dia. Yang best jugak HRC kalau korang shopping atas ¥5,000 yen ke atas akan dapat free tax. Harga t-shirt HRC dengan dekat Malaysia lebih kurang je so sangat lah rugi kalau tak singgah beli. Tips aku kalau nak set itinerary kena pandai tengok tempat yang korang nak pergi tu best pergi siang or malam. Contoh macam area Roppongi ni kalau datang siang memang kurang samuk dan rasa menyesal la berbanding waktu malam sebab tu penting research tempat yang nak pergi ni sesuai datang waktu bila untuk kepuasan maksimum.


Comments


RELATED POST

ABOUT THIS LOG

Pada aku pengembaraan ni satu benda yang aku rasa sikit pun x membazir. Lantak lah orang nak cakap ape bukan aku guna duit kau. Yang penting aku bahagia dan tak menyusahkan orang lain. Dekat sini aku share sedikit sebanyak pengalaman aku yang baru nak start mengembara ni. Nak baca sudah x nak baca aku xde hal. Semoga ini menjadi sebuah kisah klasik untuk masa depan. 

HIT THE LIGHTS

SOCIAL LINKS

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon

SUBSCRIBE 

© 2016 BEN SHERMAN TRAINSPOTTING SERIES

bottom of page