top of page

STAGE 2.2 - HARAJUKU

FASHION & FANCY

Lepas settle jalan kawasan "Electronic Mecca" Akihabara kitorg trus ke area Harajuku Station. Daripada Akihabara Station ke Harajuku ambik masa lebih kurang 30 minit naik JR train Yamanote Line. Harajuku memang sangat terkenal dengan street fashion dia. Boleh dikatakan trend center untuk teenager2 Japan. Lagu Gwen Stefani ni pun ada satu pasal Harajuku Girls. Pada aku market pakaian2 dekat sini more to teenager punya brand and design. Fancy and Kawaii. Kalau kau jalan-jalan kawasan ni banyak la boleh jumpa budak2 sekolah Jepun ni dengan uniform sekolah jalan2 cari barang. Lagi satu sini banyak jual manisan2 macam ice cream, crepe, popcorn, pavlova, chocolate, kek, pie dan macam2 lagi la. Lagi satu area sini kalau nak cari souvenir memang sesuai. Kalau datang musim panas banyak la korang boleh jumpa budak2 dress up lolita. Barang2 sini dia kuar by musim. Kalau datang musim sejuk banyak sweater2 ada jual sini. Kalau nak ke area shopping complex pergi ke Laforet Harajuku dekat area situ je ada butik macam Adidas Originals, Nudie Jeans, Nike, New Balance, Reebok, Ray-Ban, Saucony, Super Lovers, Human Made, Vans, Boy London dan banyak lagi. Brand2 budak lelaki aku tau la dan majority semua tax free.

[Kalau nak cari barang2 lelaki gua suggest singgah Jeans Mate ni. Memang naiss]

[Cuci-cuci mata sekitar area Takeshita Street]

[Entrance Takeshita Street]

[Dekat area sini ada banyak jugak port jual kebab halal. Tapi aku suggest pergi dekat King Kebab. Boleh tahan sedap. Budak2 ni pun banyak makan kebab sini]

[Sekarang mungkin trend dekat sini kot bawak macam go-cart ni on the road lepas tu dress up macam karakter game. Seronok jugak tengok & meriah]


RELATED POST

bottom of page