STAGE 1.4 - TOKYO
NO SLEEP TILL.. TOKYO
Sharp pukul 10:10 PM train tiba di Tokyo Station. Masing2 punya happy lu tak payah cerita la. Alhamdulillah memang semua ikut apa yang dirancang. Lepak selfie and bergambar sepukul dua sebelum kitorg continue ada lagi 2 local train sebelum sampai apartment kitorg. Daripada Tokyo Station ni kitorg naik local train Yamanote Line ke Akihabara Station and transfer Chuo-Sobu Line ke Ryogoku Station iaitu station yang paling dekat dengan apartment kitorg. Kitorg sampai Ryogoku Station dalam pukul 10:50 PM macam tu then mulalah explore race mencari apartment dengan berbekalkan alamat Jepun & offline map yang boleh dikatakan jilake dan tak tepat. Pukul 10 lebih dekat Japan ni dah sunyi sepi dah. Mungkin neighbourhood area Ryogoku yang sunyi and chill kot. Dalam mencari ni kitorg ada tanya seorang local ni mana area then dia bagi location tu and kitorg tengok dah dekat la jugak. Sambung mencari tiba2 datang seorang brader dari depan tanya apa yang boleh dia bantu. Pergh.. agak terharu la ingatkan dia nak bagi location je tapi dia siap guide sekali kitorg pergi area aparment kitorg. Memang gua salute brader ni. Cuma sayang tak sempat ambik gambar kenangan dengan dia. Sampai sudah depan apartment. Citer tak habis lagi sekali tengok main entrance kunci pulak. Ah sudah.. Kitorg call owner rumah guna public phone dia tak angkat2. Mungkin dah sebab malam sangat. Ada Oji-san kat area tu nak tolong pun dia dah mati akal dah. Kitorg dah jammed. Hampir 45 minit jugak cari idea macam mana ending dia. Aku bukak wifi tiba-tiba ada free open connection then ada satu email masuk daripada tuan rumah tanya dah sampai or belum. Tiba2 sinar sampai & lepas aku reply dia reply balik on the spot. Aku mintak password key pintu entrance and rumah. Dia kata dia ada email aku sebelum ni tapi aku check macam tak ada je dalam Inbox. Then aku suruh dia resend balik. Tapi agak mencabar dan menguji kesabaran jugak la sebab connection tak kuat. Kejap on kejap off. Alhamdulillah last2 dapat jugak password and dapat masuk rumah. Syukur 21. Masuk dalam rumah terus landing time and masak la.. Lapar giler kot.. and solat.. Tu yang penting. Hehehe..
[Apartment Kitorg Yang Terbaik Dari Ladang]