STAGE 1.3 - OSAKA - TOKYO
TOKYO CALLING!!
Aku rasa time ni baru je sampai Shin-Osaka Station ni tapi dalam masa tak sampai 10 minit kitorg kena cari track Shinkansen ke Tokyo pulak. Kalau tak mmg lagi delay la masa nk sampai ke Tokyo. Sebab planning memang nak start dari Tokyo dulu. Train kitorg yang dah blinking red tu tinggal lagi 3 minit je nk depart. Tak boleh leceh2 beb ni bukan kat Malaysia ada delay2. Ini semua on time. Alhamdulillah sempat jugak sampai on time dengan memikul beg yang berat.
RIDING SHINKANSEN!!
Ni la rupa reserved ticket train Shinkansen. Ini merupakan 2nd time aku ride Shinkansen tapi first time experience betul2 ride train ni. Shinkansen ada car untuk smoking and non-smoking. Di antara setiap car ni ada macam-macam contohnya toilet, utilities room, public phone, and favorite aku smoking room. Dekat setiap row tempat duduk pun ada plug untuk charge handphone. Disebabkan facilities2 ini membuatkan syarikat penerbangan kat Japan drop sales sebab dalam plane tak boleh berasap, no wifi and stuff. Average speed train yang aku naik ni Hikari dalam 280km up to 320km per hour. Walaupun train ni laju tapi dalam sangat selesa. Dalam plane nak tido pun macam harem punya susah tapi dalam train ni letak kepala dah tido dah. Perjalanan dari Shin-Osaka Station ke Tokyo lebih kurang 500km+ lebih kurang JB ke Ipoh tapi ambik masa dalam 2 jam 54 minit je. Kalau naik Nozomi Shinkansen lagi cepat. One way normal ticket Shinkansen lebih kurang 14,250yen kalau duit Malaysia dekat RM580.00 jugak. Sebab tu penting ada JR Pass sebab dia cover Shinkansen sekali. Memang untuk itinerary yang banyak hop bandar ke bandar. Kalau setakat stick dekat satu tempat tak payah pakai JR Pass. Pakai normal ticket lagi jimat.