STAGE 1.2 - KANSAI AIRPORT, OSAKA
こんにちわ JAPAN!
Waktu ketibaan kitorg di Osaka. Hampir 7 jam flight keras je duduk kat kerusi Air Asia tu tapi perasaan exited tu lu jangan cakap la ditambah lagi dengan lagu Jepun dalam flight tu. Mungkin suruh ambik feel kot. Suhu time ni dalam 20 darjah celcius. Gua punya handphone pun operator dah bertukar daripada Maxis ke Softbank. Kat sini aku kne puji Maxis sikit sebab memang function kalau guna Maxis kt Japan ni sebab boleh roaming. Member yang lain pakai U-mobile ke Digi ke Celcom nampak dah gelap masa depan. Yang mana pakai G-Shock baru nampak function MultiBand 6 tu.
SMOKING IN JAPAN
Punya la terharu & syahdu jumpa smoking area ni kat airport. Kat Japan ni diorang memang letak banyak designated area for smokers berasap. So smoker kat sana tak hisap rokok bersepah2 and buang puntung rokok merata2. Siap ada vending machine lagi dalam smoking room ni. Ni kat luar ada satu kan kat dalam pun ada lagi satu bro. Vending machine ni dah macam part of culture bagi org Jepun. Mana tak nya ratio bagi 1 vending machine bersamaan 23 rakyat Jepun. Vending machine diorg pun high tech ad yang touch screen and high security sebab machine ni di link pada balai polis berdekatan. So memang orang tak berani buat vandalism. Kan bagus kalau kat Malaysia buat mcm ni. Tapi attitude kita pun kena jadi macam orang sana ler..
JR PASS
Selepas settle baggage semua kitorg terus ke JR office untuk exchange pass untuk kegunaan train kat sana. Time ni kitorg beli JR Pass 7 Day Ordinary. So dalam 7 hari ni pass ni valid untuk segala JR train seluruh Japan termasuk Shinkansen atau lebih dikenali sebagai bullet train. Tapi hanya untuk Tokaido-Sanyo Shinkansen train Kodama & Hikari sahaja valid untuk JR Pass user. Train Nozomi tak valid. Untuk Info JR ni ialah Japan Railways sebuah major company railways di Japan. Shinkansen semua JR yang handle. Dekat Osaka ni JR West yang handle Shinkansen. Time ni beratur punya ler ramai orang nak exchange JR Pass tu. Settle exchange pass tu sebelum aku nak chow awek kat kaunter tu tanya nak ke mana lepas ni then aku cakap nak ke Tokyo. Punya ler baik dia tolong book seat kitorg berempat untuk 2 train Limited Express dari Kansai Airport ke Shin-Osaka Station dengan Shinkansen dari Shin-Osaka ke Tokyo Station on the spot. Aku tak berapa nak paham dia cakap apa tapi berdasarkan pengalaman aku bertahun-tahun tengok anime aku tau la dia kata kalau nak cepat naik sekarang sebab dalam 5 minit je lagi train tu nak gerak. Mula-mula rasa macam nak relax2 john je ye la lagi setengah jam ada lagi kan train. Tapi memikirkan dia dah book sekali seat train ni dengan Shinkansen sekali dah tak payah pening-pening pikir lagi kan. So tanpa memikirkan masa depan kitorg pun fast game kejar train ni. Dengan itu bermulalah adventure kitorg di Japan.